Oct 15, 2010

Kelas Coklat sambil-sambil (Part I)

Buat pertama kalinya.. saya diperkenalkan dengan coklat dengan lebih details.. selama ini kuingat.. coklat yang digunakan adalah cooking chocolate yang banyak dijual di kedai-kedai itu... rupa-rupanya bukan.. hahhaha.. ada 2 jenis coklat yang boleh digunakan iaitu Coklat Courverture & Compound.. Apa perbezaannya ? Coklat courverture menggunakan  cocoa butter manakala compound menggunakan lemak sayuran.. mana yang lebih sedap ?.. kebanyakan penggemar coklat mengatakan coklat courverture lebih sedap.. dan harganya juga tentulah lebih mahal dari coklat compound.. Tapi apa lah sangat kan.. yang penting sedap dan berpuas hati bila memakannya..

Semuanya bermula dengan kebetulan.. Permintaan saya untuk mempelajari membuat coklat juga adalah tanpa dirancang.. nasib baik Izan @sepupu saya yang sudi meluangkan masa untuk mengajar saya mempelajari basic membuat coklat walaupun pada masa itu sedang sibuk dengan persiapan menyediakan hidangan untuk tetamu dan juga melayan karenah Arash(anaknya). jangan tak percaya.. sambil-sambil pun menjadi tau.. Step by steps diajarnya.. tidak susah rupanya tetapi tidak kurang banyak juga pantang larangnya.. wahhh.. tidak kusangka.. coklat yang dihasilkan menjadi.. seronok tak terkata..

Bermula detik itu, keinginan untuk lebih mengetahui perlbagai kaedah untuk membuat coklat semakin menjadi-jadi.. dari satu blog ke satu blog saya jelajahi untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan coklat. Setelah mendapat tunjuk ajar dari Izan pada hari itu.. semakin mudah untuk saya memahami isi kandungan blog-blok pengusaha coklat di Malaysia..

Terima kasih Izan atas tunjuk ajar yang diberikan..

p/s : Saya memanggil suami Izan sebagai Abang walaupun dia lebih muda daripada saya dek kerana pangkat saudara (ayahnya abang sulung kepada emak saya).. tetapi kenapa saya tak panggil Izan dengan panggilan Kak Izan ekkk.. ?? pelik.. huhuhu...

No comments:

Post a Comment