Dec 24, 2011

Mitos atau FAKTA coklat ?

Mengapa ramai orang suka memakan coklat dan 'candies' yang lain? Sudah tentunya mereka sukakan rasanya! Terdapat banyak jenis perisa dalam pasaran sekarang. 'Candies' dalam bentuk bar yang enak dan mempunyai pelbagai ciri dan perisa, coklat di dalam kotak dengan harga dan inti yang berlainan dan blok coklat, susu, separuh manis atau tidak manis.
Penyelidikan yang dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap kalorie yang dianggap normal untuk semua penduduk.
Coklat dan koko memang menjadi kesukaan ramai orang di dunia ini. Marilah kita lihat sejauh manakah kebenaran ini.




MITOS
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Calcium - 9%; Riboflavin - 9%; Protein - 6%; Zat Besi - 3%; Vitamin A - 2.4%; Thiamine - 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.



MITOS
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
FAKTA
Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang MYTH daripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.



MITOS
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu - 40 mg. Cuba bangdingkan dengan: 1 cawan susu - 122 mg; 1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.



MITOS
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.



MITOS
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
FAKTA
Satu auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 milligram kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligrams bagi satu tin seberat 12 auns.

Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.



MITOS
Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.
FAKTA
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.
* sumber : http://www.koko.gov.my

Dec 23, 2011

Alhamdulillah.. Setahun Sudah!

Syukur Alhamdulillah..
Sudah setahun usia Inspire Chocolate..
Dan sepanjang SETAHUN ini.. banyak perkara yang telah dipelajari.. tidak kurang juga yang perlu diperbaiki.

Walaupun Inspire Chocolate pernah bercuti panjang buat sementara atas sebab-sebab kesihatan.. Alhamdulillah.. semangat yang hilang itu kini telah kembali pulih... dan kini Inspire Chocolate meneruskan operasinya seperti sedia kala..!

Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan dan kepercayaan sahabat-sahabat semua.. Terima kasih juga atas order yang diberikan.. Saya amat menghargainya.. Dan saya sentiasa ingin memberikan hasil yang terbaik kepada pelanggan-pelangan semua. Saya amat mementingkan aspek KUALITI dan KESEMPURNAAN di dalam menyediakan order yang diterima tidak kira ianya berskala besar mahupun kecil. Harapan saya adalah untuk tidak menghampakan pelanggan-pelanggan yang disayangi semua.. Biarlah chocolate kami ini cantik di mata, sedap di mulut dan terkenang-kenang di hati.. :)

Walaubagaimanapun, saya juga sentiasa terbuka untuk menerima apa jua komen dan cadangan terhadap produk-produk kami demi memperbaiki kualiti perkhidmatan Inspire Chocolate.. InsyaAllah

Akhir sekali.. terima kasih DAUN KELADI.. nanti-nanti ORDER LAGI..!
Syukur Alhamdulillah..

tuan rumah nak enterframe gak.. asyik2 gambar chocs jerk!

Happy Anniversary!!

Happy Anniversary to
    ETI &WAN   
dan juga buat
    NUR dan suaminya   
Semoga perkahwinan kalian kekal utuh hingga ke akhir hayat.. dan bertambah keceriaan dengan hadiah Chocolate yang diberikan buat yang tersayang.. :)

Special Gift Set : chocolate box (s size) +
chocolate beans + praline


untuk yang tersayang di hari yang istimewa..

juga Special Set : Praline + Chocolate bar

"I Love U Forever Wan" ~ Ni Eti yang kata.. :)

Terima kasih atas order yang diberikan dan semoga berpuashati dengan hasilnya..
Syukur Alhamdulillah..

Dec 20, 2011

Doorgift untuk Majlis Perkahwinan Harith & Za'faran

Alhamdulillah.. order Chocolate Bar kali ini adalah daripada Y.M Tengku Noor Sharina untuk dijadikan doorgift sempena Majlis Perkahwinan anaknya.. Harith & Za'faran pada 18 Disember yang lalu..
Tema PURPLE





Apa ada di dalam ? 
Terima kasih diucapkan.. dan semoga berpuas hati dengan hasilnya.