Oct 30, 2010

Lagi oReo untuk LPJ Open Bowling Tournament

Ini pula oReo untuk doorgift sempena kejohanan LPJ Open Bowling Tournament 2010 pada hari ini.. (30 Oktober 2010). Terima kasih atas order yang diberikan. Harap berpuas hati dengan hasilnya..

150 pcs oReo

Oct 25, 2010

Jemput rasa kengkawan di SHIMA ELECTRONICS

Ini pula adalah coklat untuk staff SHIMA Electronics.. (kengkawan En. Mahazir)

35 pcs with various filling..


small packaging

Oct 24, 2010

oReo untuk Syafiq!

Alhamdulillah.. inilah first order yang diterima dari my Boss... Pn Shasha sempena Birthday anaknya Syafiq yang berumur 7 tahun..

50 pcs oReo - Ben10

Chocolate gift !

Happy Birthday Syafiq!!

Oct 23, 2010

oReo pulak

Ini pulak oReo untuk Shira.. geng se'pengasuhan' Hasya & Aidil.. Shira ni peminat setia Ipin & Upin..


dan juga untuk geng-geng surau lagi..


Oct 20, 2010

Makan-makan bersama geng SURAU

Ini pulak adalah coklat yang saya bawa untuk geng-geng surau.. ala-ala food tester gitu mereka ni... sekejapan saja selesai...

ini..


dan juga ini..
Thanks kengkawan atas komen dan cadangan yang diberikan...

Makan-makan HARI RAYA

(Outdated Entry)..Penutup AidilFitri tahun ni disambut dengan mengadakan port luck bersama kawan se-dorm (SMVPJB batch 1994).. wahhh...port luck gitu.. sebabnya.. plan mengejut yang dibuat oleh Pn. Nazar yang baru balik bercuti dari Kuwait.. Adalah 3 family yang dapat datang.. family Nazar, Kiah dan Etty..  zaman dah berubah.. kalau dulu kami sekelas.. kini giliran anak-anak kami plak sekelas.. second generation nampaknya... Hari tu... saya hanya sempat sediakan spagetti + coklat sebagai pemanis mulut..  

Pemanis mulut
ole-ole untuk mereka

Keep in touch my friends!

Oct 17, 2010

Kelas Coklat secara serius

Alhamdulillah.. selesai juga saya menghadiri kelas membuat coklat secara serius tetapi ceria dengan gelak tawa rakan-rakan seperjuangan yang lain.. Terima kasih buat Cikgu Yatt.. 

Kelas dimulakan agak lewat sekitar jam 11 pagi dan berakhir jam 7.15 malam.. huhu.. siap ada makan tengahari lagi.. thanks Yatt!! kelas yang cukup padat dan memenatkan tetapi diakhiri dengan keterujaan apabila melihat hasilnya.. InsyaAllah.. segala ilmu yang diperolehi akan digunakan dengan sebaiknya..

Terima kasih semua!

Oct 15, 2010

Kelas Coklat sambil-sambil (Part I)

Buat pertama kalinya.. saya diperkenalkan dengan coklat dengan lebih details.. selama ini kuingat.. coklat yang digunakan adalah cooking chocolate yang banyak dijual di kedai-kedai itu... rupa-rupanya bukan.. hahhaha.. ada 2 jenis coklat yang boleh digunakan iaitu Coklat Courverture & Compound.. Apa perbezaannya ? Coklat courverture menggunakan  cocoa butter manakala compound menggunakan lemak sayuran.. mana yang lebih sedap ?.. kebanyakan penggemar coklat mengatakan coklat courverture lebih sedap.. dan harganya juga tentulah lebih mahal dari coklat compound.. Tapi apa lah sangat kan.. yang penting sedap dan berpuas hati bila memakannya..

Semuanya bermula dengan kebetulan.. Permintaan saya untuk mempelajari membuat coklat juga adalah tanpa dirancang.. nasib baik Izan @sepupu saya yang sudi meluangkan masa untuk mengajar saya mempelajari basic membuat coklat walaupun pada masa itu sedang sibuk dengan persiapan menyediakan hidangan untuk tetamu dan juga melayan karenah Arash(anaknya). jangan tak percaya.. sambil-sambil pun menjadi tau.. Step by steps diajarnya.. tidak susah rupanya tetapi tidak kurang banyak juga pantang larangnya.. wahhh.. tidak kusangka.. coklat yang dihasilkan menjadi.. seronok tak terkata..

Bermula detik itu, keinginan untuk lebih mengetahui perlbagai kaedah untuk membuat coklat semakin menjadi-jadi.. dari satu blog ke satu blog saya jelajahi untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan coklat. Setelah mendapat tunjuk ajar dari Izan pada hari itu.. semakin mudah untuk saya memahami isi kandungan blog-blok pengusaha coklat di Malaysia..

Terima kasih Izan atas tunjuk ajar yang diberikan..

p/s : Saya memanggil suami Izan sebagai Abang walaupun dia lebih muda daripada saya dek kerana pangkat saudara (ayahnya abang sulung kepada emak saya).. tetapi kenapa saya tak panggil Izan dengan panggilan Kak Izan ekkk.. ?? pelik.. huhuhu...

Selamat Datang ke Inspire Chocs

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pertamanya Selamat Datang diucapkan kepada semua pembaca/pengunjung INSPIRE CHOCOLATES.. Blog ini diwujudkan untuk berkongsi maklumat dan juga mempromosikan Home Made Chocolate buatan tangan saya sendiri. Minat terhadap bakery ini memang telah lama wujud di dalam diri cuma masih belum berkesempatan untuk diceburi secara serius.. Pada masa ini juga saya sedang belajar dan masih belajar... menambahkan lagi ilmu di dada sebelum benar-benar serius mengusahakannya.. Tempoh 2 bulan ini saya berikan kepada diri sendiri untuk melengkapkan persediaan diri.. Tunggu dan nantikan kemunculan produk saya kelak..