Sep 25, 2012

Bercuti Lagi

Assalamualaikum..

Kepada pengujung setia blog ini.. saya dengan ini memaklumkan bahawa Inspire Chocolate BERCUTI REHAT untuk satu tempoh yang belum dapat dipastikan atas sebab-sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. InsyaAllah setelah semuanya pulih seperti sedia kala.. Inspire Chocolae akan beroperasi seperti sedia kala.. Terima Kasih.!

May 15, 2012

Sempena Hari Guru

Sempena Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei.. dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU kepada semua pendidik yang telah menyumbangkan khidmatnya kepada anak-anak Malaysia!!



tempahan dari Teacher Azliana, Pasir Gudang



untuk pendidik anak-anakku di SKPG4 dan SAPG,
Terima kasih diucapkan!!



Chocolate Bouquet

Chocolate Bouquet order dari Khilla BMM Nagano untuk dijadikan hantaran adik iparnya di Negeri Sembilan.. 




Tema : Gold

Terima kasih tak terhinga buat Khilla untuk order yang kesekian kalinya!!
Thanks for your support!!


Apr 9, 2012

LoliChocs Dora

Update kali ini adalah berkenaan loliChocs yang ditempah oleh adik ipar ku Ila.. untuk anak-anah buah peminat setia Dora The Explorace!
Happy Birthday Buat Damia Lutfiyah (4 tahun) & Dahiyah Lauzah (1 tahun)

loliChocs in the making
siap sedia di pack!
ready for delivery.. untuk dihantar ke Klang
birthday gals!
bertemakan DORA..
here and there DORA! DORA! DORA!
Terima kasih ILA!

Mar 16, 2012

Sepanjang beberapa minggu ini

Salam Sejahtera kepada semua..
Seperti yang telah dijanjikan.. (janji mesti dikota).. saya akan update beberapa aktiviti Inspire Chocolate sepanjang beberapa minggu ini..


Order dari Kak Siti Stationery World Singapore


Juga Order dari Kak Siti Stationery World Singapore

Order berulang dari Kak Noni Sejambak 13
20 pcs pralines in Exclusive Box untuk dijadikan hantaran
pertunangan anaknya.. dapat orang Terengganu khabarnya
24 pcs pralines in window box
juga order dari Kak Noni.. tema merah pula..

Kepada semua yang telah berurusan dengan kami.. terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. 

Minum sirap bersama laici
Berpuashati.. orderlah lagi..!!

Program Anjuran LPJ (tempat kerja hakiki..)

Ini berita yg dah agak basi... Pada 26 Februari yang lepas, Biro Wanita Kelab KREASI LPJ telah menganjurkan Program "Wanita Aspirasiku.. " di Hotel Grand Paragon, JB. Alhamdulillah majlis berjalan dengan sangat lancar sekali. Program pada hari tersebut dimulakan dengan pengisian Motivasi oleh Prof Dr. Muhaya di sebelah pagi.. sangat mengujakan...


Disebelah petangnya pula.. wanita-wanita anggun semuanya disajikan dengan program Grooming..yang meliputi sesi penjagaan muka dan asas solekan asas.. tengok tu.. masing-masing tidak melepaskan peluang mencuba make-up yang disediakan.. of course dengan bantuan consultant kecantikan dari Mary Kay..


Inspire Chocolate ??
Alhamdulillah.. telah diberikan kepercayaan untuk menyediakan Chocolate Bar untuk dijadikan doorgift pada hari tersebut...

Chocolate Bar : Tema Purple


Chocolate Bar untuk dijadikan doorgift sempana Program
"Wanita Aspirasiku..." 

Hari ini.. (16 Mac 2012).. update yang paling terkini.. (masih panassss) sekali lagi telah diberikan kepercayaan untuk menyediakan doorgift sempana Pertandingan Mengeja Jawi anjuran unit Khidmat Korporat, LPJ.

Oreo CHocolate untuk adik-adik yang hadir.
Boboi dan Angry Bird menjadi pilihan.
Jom kita layan gambar-gambar sepanjang program Mengeja Jawi oleh anak-anak LPJ!
Aksi abang yang poyo  pada pusingan pertama..
Mengeja "AYAM"..sonang !!
Tempat Kedua bagi Kategori 9 Tahun
Menerima hadiah dan hamper iringan beserta baucer Kedai
Buku bernilai RM 250. Syukur Alhamdulillah !
Ibu proud of u!
Bersama barisan pemenang yang lain.Tahniah kepada semua 
Terima kasih kepada rakan-rakan di LPJ di atas kepercayaan yang diberikan.

Mar 14, 2012

Lamanya tak update....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Wahhh.. lamanya blog ni tak berupdate..... bagi saya sikitttttt je lagi masa... saya akan update ye...
Moga dipermuahkan semuanya... nanti visit lagi ye...

Feb 19, 2012

Salam Hujung Minggu

Salam Hujung Minggu kepada kengkawan semua dari..


Apa program kalian minggu ini..?? Pasir Gudang dibanjiri pengunjung yang sangat ramai sempena Festival Layang-Layang ke-17. Walaupun cuaca mendung dan hujan membasahi bumi.. pengunjung tetap setia bersama-sama memeriahkannya.. Ramai pula yang berniaga payung dan topi.. Alhamdulillah.. Rezeki mereka..

Feb 11, 2012

Chocolate untuk Hantaran Pertunangan

Salam hujung minggu kepada semua..
jom layan xtvt chocky-menchocky weekend ini.. 2 order yg diterima ini adalah untuk dijadikan hantaran pertunangan..

Selamat Bertunang buat IEM dan ILA
35pcs praline in Exclusive Box.
order dari Aisyah untuk dihadiahkan kepada kakaknya
sempena majlis pertunangan kakaknya.. 

16 pcs praline in Window Box
20 pcs praline in Exclusive Box
tema gold
juga untuk dijadikan hantaran pertunangan.
order dari Kak Noni.. jiran setaman..
 (tapi baru je berkenalan..)
Terima kasih kepada Aisyah dan Kak Noni atas ordernya.. Semoga berpuas hati dengan hasilnya.. dan Selamat Bertunang kepada mereka yang diraikan..
Terima kasih daun keladi..

Feb 7, 2012

Order suka-suka bulan Januari..

Salam semua.. 
Nampaknya banyak pula siaran tertunda lately.. nak kata sibuk sangat tu x de lah jugak.. masa tetap ada 24 jam sehari cuma tidak kesempatan sahaja untuk update.. jom tengok apaa xtvt Inspire Chocolate sejak dua menjak ni..

Happy Chinese New Year!!
Order dari Kak Siti Stationery World Singapore
untuk diberikan kepada rakan-rakan Tiong Hwa nya
 sempena Chinese New Year..
Dah 2 tahun berturut-turut  Kak Siti order chocs dari
 Inspire Chocolate untuk dijadikan hadiah sempena CNY.
Terima kasih kak atas sokongan yang diberikan...
Tahun depan order lagi yer.. :D

35pcs praline in Exclusive Box
Juga order berulang dari Kak Tin untuk dijadikan hantaran
pertunangan anaknya Umar.. dah 3 kali Kak  Tin order
chocs untuk majlis anak-anaknya.. semuanya sama..
Adil dan saksama!!
Terima kasih ye Kak Tin..
Order dari Carey.. (dorm mate masa form 5).. di Stabillo JB
untuk  diberikan kepada kawannya Lina sempena
birthdaynya..
 lupa lak nak tanya birthday yang ke berapa..
yang penting muda selalu.. hehehe..
moga berpuas hati dengan hasilnya.. Thanks Carey..
Ada satu lagi order dari Sara (Jiran setaman..) Sara order oreo 24pcs with Upin Ipin image.. malangnya..lupa lak nak snap gambar... tapi tak pe.. sebagai gantinya.. Sara ada kirimkan ini..

Terima kasih Sara..
Sekali lagi.. terima kasih buat semua yang berurusan dengan Inspire Chocolate.. terima kasih atas sokongan dan kepercayaan kepada kami.. InsyaAllah.. Kami akan sentiasa memberikan hasil yang terbaik kepada semua.. sehingga bertemu lagi nanti.. 

Jan 4, 2012

Pembuka Tirai 2012

Salam Tahun Baru !
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..
Hanya satu pesanan dan ingatan buat diri sendiri.. BE POSITIVE !

Siaran Tahun Baru ini dimulakan dengan 2 order pembukaan account baru berikut..
Selamat menjamu mata..

special set.. for someone special

from someone special..

"I LOVE U" ~ from Azman to Syafeena

siap untuk dihantar..
Set di atas adalah dari Azman kepada buah hatinya.. Norsyafeena..
Kerja gila gak la.. Set hadiah ni dihantar tepat jam 12 tengah malam.. midnite surprise! pastu yang lawaknya.. time tu.. mak ayah syafeena pun ada kat luar.. pehh.. disaksikan ramai orang pulak..
pastinye lepas tu korang gayut sampai pagi.. :)

24 WBR.. order from someone to someone special
at Batu Pahat.. Wishing u Happy Birthday..! 

Harap Birthday Boy terima hadiah ini tepat pada masanya..
Terima kasih atas order-order di atas.. Harap berpuashati ye..
Syukur Alhamdulillah..