Sep 25, 2012

Bercuti Lagi

Assalamualaikum..

Kepada pengujung setia blog ini.. saya dengan ini memaklumkan bahawa Inspire Chocolate BERCUTI REHAT untuk satu tempoh yang belum dapat dipastikan atas sebab-sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. InsyaAllah setelah semuanya pulih seperti sedia kala.. Inspire Chocolae akan beroperasi seperti sedia kala.. Terima Kasih.!

May 15, 2012

Sempena Hari Guru

Sempena Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei.. dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU kepada semua pendidik yang telah menyumbangkan khidmatnya kepada anak-anak Malaysia!!



tempahan dari Teacher Azliana, Pasir Gudang



untuk pendidik anak-anakku di SKPG4 dan SAPG,
Terima kasih diucapkan!!



Chocolate Bouquet

Chocolate Bouquet order dari Khilla BMM Nagano untuk dijadikan hantaran adik iparnya di Negeri Sembilan.. 




Tema : Gold

Terima kasih tak terhinga buat Khilla untuk order yang kesekian kalinya!!
Thanks for your support!!


Apr 9, 2012

LoliChocs Dora

Update kali ini adalah berkenaan loliChocs yang ditempah oleh adik ipar ku Ila.. untuk anak-anah buah peminat setia Dora The Explorace!
Happy Birthday Buat Damia Lutfiyah (4 tahun) & Dahiyah Lauzah (1 tahun)

loliChocs in the making
siap sedia di pack!
ready for delivery.. untuk dihantar ke Klang
birthday gals!
bertemakan DORA..
here and there DORA! DORA! DORA!
Terima kasih ILA!

Mar 16, 2012

Sepanjang beberapa minggu ini

Salam Sejahtera kepada semua..
Seperti yang telah dijanjikan.. (janji mesti dikota).. saya akan update beberapa aktiviti Inspire Chocolate sepanjang beberapa minggu ini..


Order dari Kak Siti Stationery World Singapore


Juga Order dari Kak Siti Stationery World Singapore

Order berulang dari Kak Noni Sejambak 13
20 pcs pralines in Exclusive Box untuk dijadikan hantaran
pertunangan anaknya.. dapat orang Terengganu khabarnya
24 pcs pralines in window box
juga order dari Kak Noni.. tema merah pula..

Kepada semua yang telah berurusan dengan kami.. terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. 

Minum sirap bersama laici
Berpuashati.. orderlah lagi..!!

Program Anjuran LPJ (tempat kerja hakiki..)

Ini berita yg dah agak basi... Pada 26 Februari yang lepas, Biro Wanita Kelab KREASI LPJ telah menganjurkan Program "Wanita Aspirasiku.. " di Hotel Grand Paragon, JB. Alhamdulillah majlis berjalan dengan sangat lancar sekali. Program pada hari tersebut dimulakan dengan pengisian Motivasi oleh Prof Dr. Muhaya di sebelah pagi.. sangat mengujakan...


Disebelah petangnya pula.. wanita-wanita anggun semuanya disajikan dengan program Grooming..yang meliputi sesi penjagaan muka dan asas solekan asas.. tengok tu.. masing-masing tidak melepaskan peluang mencuba make-up yang disediakan.. of course dengan bantuan consultant kecantikan dari Mary Kay..


Inspire Chocolate ??
Alhamdulillah.. telah diberikan kepercayaan untuk menyediakan Chocolate Bar untuk dijadikan doorgift pada hari tersebut...

Chocolate Bar : Tema Purple


Chocolate Bar untuk dijadikan doorgift sempana Program
"Wanita Aspirasiku..." 

Hari ini.. (16 Mac 2012).. update yang paling terkini.. (masih panassss) sekali lagi telah diberikan kepercayaan untuk menyediakan doorgift sempana Pertandingan Mengeja Jawi anjuran unit Khidmat Korporat, LPJ.

Oreo CHocolate untuk adik-adik yang hadir.
Boboi dan Angry Bird menjadi pilihan.
Jom kita layan gambar-gambar sepanjang program Mengeja Jawi oleh anak-anak LPJ!
Aksi abang yang poyo  pada pusingan pertama..
Mengeja "AYAM"..sonang !!
Tempat Kedua bagi Kategori 9 Tahun
Menerima hadiah dan hamper iringan beserta baucer Kedai
Buku bernilai RM 250. Syukur Alhamdulillah !
Ibu proud of u!
Bersama barisan pemenang yang lain.Tahniah kepada semua 
Terima kasih kepada rakan-rakan di LPJ di atas kepercayaan yang diberikan.

Mar 14, 2012

Lamanya tak update....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Wahhh.. lamanya blog ni tak berupdate..... bagi saya sikitttttt je lagi masa... saya akan update ye...
Moga dipermuahkan semuanya... nanti visit lagi ye...