Showing posts with label Chocolate bar. Show all posts
Showing posts with label Chocolate bar. Show all posts

Mar 16, 2012

Program Anjuran LPJ (tempat kerja hakiki..)

Ini berita yg dah agak basi... Pada 26 Februari yang lepas, Biro Wanita Kelab KREASI LPJ telah menganjurkan Program "Wanita Aspirasiku.. " di Hotel Grand Paragon, JB. Alhamdulillah majlis berjalan dengan sangat lancar sekali. Program pada hari tersebut dimulakan dengan pengisian Motivasi oleh Prof Dr. Muhaya di sebelah pagi.. sangat mengujakan...


Disebelah petangnya pula.. wanita-wanita anggun semuanya disajikan dengan program Grooming..yang meliputi sesi penjagaan muka dan asas solekan asas.. tengok tu.. masing-masing tidak melepaskan peluang mencuba make-up yang disediakan.. of course dengan bantuan consultant kecantikan dari Mary Kay..


Inspire Chocolate ??
Alhamdulillah.. telah diberikan kepercayaan untuk menyediakan Chocolate Bar untuk dijadikan doorgift pada hari tersebut...

Chocolate Bar : Tema Purple


Chocolate Bar untuk dijadikan doorgift sempana Program
"Wanita Aspirasiku..." 

Hari ini.. (16 Mac 2012).. update yang paling terkini.. (masih panassss) sekali lagi telah diberikan kepercayaan untuk menyediakan doorgift sempana Pertandingan Mengeja Jawi anjuran unit Khidmat Korporat, LPJ.

Oreo CHocolate untuk adik-adik yang hadir.
Boboi dan Angry Bird menjadi pilihan.
Jom kita layan gambar-gambar sepanjang program Mengeja Jawi oleh anak-anak LPJ!
Aksi abang yang poyo  pada pusingan pertama..
Mengeja "AYAM"..sonang !!
Tempat Kedua bagi Kategori 9 Tahun
Menerima hadiah dan hamper iringan beserta baucer Kedai
Buku bernilai RM 250. Syukur Alhamdulillah !
Ibu proud of u!
Bersama barisan pemenang yang lain.Tahniah kepada semua 
Terima kasih kepada rakan-rakan di LPJ di atas kepercayaan yang diberikan.

Feb 7, 2012

Order suka-suka bulan Januari..

Salam semua.. 
Nampaknya banyak pula siaran tertunda lately.. nak kata sibuk sangat tu x de lah jugak.. masa tetap ada 24 jam sehari cuma tidak kesempatan sahaja untuk update.. jom tengok apaa xtvt Inspire Chocolate sejak dua menjak ni..

Happy Chinese New Year!!
Order dari Kak Siti Stationery World Singapore
untuk diberikan kepada rakan-rakan Tiong Hwa nya
 sempena Chinese New Year..
Dah 2 tahun berturut-turut  Kak Siti order chocs dari
 Inspire Chocolate untuk dijadikan hadiah sempena CNY.
Terima kasih kak atas sokongan yang diberikan...
Tahun depan order lagi yer.. :D

35pcs praline in Exclusive Box
Juga order berulang dari Kak Tin untuk dijadikan hantaran
pertunangan anaknya Umar.. dah 3 kali Kak  Tin order
chocs untuk majlis anak-anaknya.. semuanya sama..
Adil dan saksama!!
Terima kasih ye Kak Tin..
Order dari Carey.. (dorm mate masa form 5).. di Stabillo JB
untuk  diberikan kepada kawannya Lina sempena
birthdaynya..
 lupa lak nak tanya birthday yang ke berapa..
yang penting muda selalu.. hehehe..
moga berpuas hati dengan hasilnya.. Thanks Carey..
Ada satu lagi order dari Sara (Jiran setaman..) Sara order oreo 24pcs with Upin Ipin image.. malangnya..lupa lak nak snap gambar... tapi tak pe.. sebagai gantinya.. Sara ada kirimkan ini..

Terima kasih Sara..
Sekali lagi.. terima kasih buat semua yang berurusan dengan Inspire Chocolate.. terima kasih atas sokongan dan kepercayaan kepada kami.. InsyaAllah.. Kami akan sentiasa memberikan hasil yang terbaik kepada semua.. sehingga bertemu lagi nanti.. 

Dec 23, 2011

Happy Anniversary!!

Happy Anniversary to
    ETI &WAN   
dan juga buat
    NUR dan suaminya   
Semoga perkahwinan kalian kekal utuh hingga ke akhir hayat.. dan bertambah keceriaan dengan hadiah Chocolate yang diberikan buat yang tersayang.. :)

Special Gift Set : chocolate box (s size) +
chocolate beans + praline


untuk yang tersayang di hari yang istimewa..

juga Special Set : Praline + Chocolate bar

"I Love U Forever Wan" ~ Ni Eti yang kata.. :)

Terima kasih atas order yang diberikan dan semoga berpuashati dengan hasilnya..
Syukur Alhamdulillah..

Dec 20, 2011

Doorgift untuk Majlis Perkahwinan Harith & Za'faran

Alhamdulillah.. order Chocolate Bar kali ini adalah daripada Y.M Tengku Noor Sharina untuk dijadikan doorgift sempena Majlis Perkahwinan anaknya.. Harith & Za'faran pada 18 Disember yang lalu..
Tema PURPLE





Apa ada di dalam ? 
Terima kasih diucapkan.. dan semoga berpuas hati dengan hasilnya.

Nov 14, 2011

Chocolate Bar untuk doorgift

Ini order dari Fiza Putrajaya untuk diberikan sebagai hadiah kepada kawan baiknya sempena Majlis Perkahwinannya.. Tema HIJAU..






Selamat Pengantin Baru untuk Nor & Rizal..
Harap berpuas hati dengan hasilnya.. Terima kasih.

Nov 1, 2011

Lagi Inspire Chocolate Bar


Salam bertemu kembali..
Kali ini Inspire Chocolate ingin memperkenalkan Chocolate Bar terbaru keluaran kami.. Dengan saiz yang lebih besar dari Inspire Crispy Chocolate Bar .. jom tengok!




Seperti biasa.. design bagi wrapper ini akan di customize mengikut tema pelanggannya.. dan semestiaanya tiada kos design dikenakan.. Ianya akan disediakan secara PERCUMA sahaja..

Code : CB2
Pilihan coklat : dark/milk chocolate with almond/raisin/crispy 
Saiz : 12.5 cm X 3.5 cm X 1 cm
Berat = 50 g
Harga Pengenalan : 
RM 2.50 with MOQ 20 pcs!!
Packaging menggunakan art paper

Memang Berbaloi !!

Oct 7, 2011

Lagi Inspire Crispy Chocolate Bar

Salam kawan-kawan semua... Jom tengok sini !! Lagi produk terbaru dari kami... JUGA amat sesuai untuk dijadikan doorGIFT untuk apa jua acara.

BIRTHday Party boleh..




TEACHER's DAY juga boleh...



Majlis PerTUNANGan? memang SESUAI...!!



Apalagi untuk Majlis PerKAHWINan..kelass ko jahh!....





dan untuk acara-acara yang lain juga boleh... namakan saja apa.. cheh.. kami sedia memenuhi permintaan kawan-kawan semua.

Code : CB1
(Kandungan coklat : Bubble rice, almond stripes & cornflakes)
Packaging menggunakan art paper
Saiz : 3" x 1.5" x 0.4"

Harga Pengenalan adalah :
RM 1.70 with MOQ  24 pcs
RM 1.60 with MOQ 100 pcs
RM 1.40 with MOQ 500 pcs